28 July 2018

FERRARI RM1.8 JUTA HANGUS TERBAKAR - ALIFF SYUKRI PASRAH


Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram miliknya telah mengesahkan bahawa kereta Ferrari model 458 Italia yang hangus terbakar pada Kahmis lalu di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway, adalah miliknya.





Pada posting itu, Aliff Syukri memuatnaik satu video beliau sedang bersedih tanpa sebarang kata-kata bersama selitan satu video menunjukkan Ferrari itu sedang terbakar, dipercayai rakaman orang awam.

"Aku insan yang lemah... kuatkanlah semangatku ya Allah.. Apa patut saya buat.. kereta kesayangaku aku beli RM1.8juta... Tak ada salah tak ada apa tetiba meletop terbakar 😥.

"Hancur sudah.. harapan.. tak sampai 10 minit dah tinggal abuu.. biarlah polis buat siasatan.. aku redha dan pasrah.. kuatkan semangat saya ya sahabat IG dan FB..," katanya menerusi keterangan dalam posting tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, ketika kejadian, kenderaan mewah terbabit dipandu oleh orang lain.

Klik untuk gambar besar


Katanya, pemilik kenderaan yang merupakan seorang lelaki warga Australia berusia 29 tahun itu hadir membuat laporan kejadian pada 10.30 malam kelmarin.

"Menerusi keterangan pemandu, dia menyedari kebakaran bermula di bahagian ekzos dan bertindak memberhentikan kenderaan itu di lorong kecemasan.

"Lebih kurang seminit selepas dia berhenti dan keluar daripada kenderaan, berlaku letupan yang menyebabkan api marak membakar kereta mewah itu," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenderaan itu terbakar kira-kira 30 minit sehinggalah api dipadamkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.



Menurut Azman, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, pemandu dikenali sebagai Alladin El Mir itu terselamat tanpa sebarang kecederaan.

"Bagaimanapun, kenderaan yang dipandunya musnah seratus peratus. Kita masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian," kata beliau.

Sebelum ini Aliff pernah memberitahu kereta Ferrari itu tidak seronok untuk dipandu kerana tempat duduknya yang tidak selesa, bunyinya yang bising serta cukai jalan yang mahal.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati di atas ujian itu dan ada yang mengatakan mungkin ada hikmah disebalik kejadian kerana bukan beliau yang memandu kereta tersebut sewaktu kejadian.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Aliff Syukri IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: