28 July 2018

PUNYAI KEKASIH - JOHAN AS'ARI BAKAL LAMAR LEPAS KURSUS KAHWIN


"Saya sekarang tak solo lagi, sudah ada teman wanita dan calon isteri. Malah ayah saya juga setuju dan merestui hubungan kami berdua.





"Dia merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Perlis," kata pelakon Johan As'ari yang mendedahkan dirinya kini sudah mempunyai teman wanita setelah sekian lama bersendirian.

Menurut Johan, dia sudah bersedia untuk menjadikan wanita tersebut sebagai pasangan hidup dan akan melamarnya selepas mengikuti kursus perkahwinan bersama.

"Insya-Allah doakan jodoh saya dengan dia kuat. Jika ada persefahaman antara kami, tunggulah peringkat seterusnya nanti," tuturnya.

Wanita yang dirahsiakan namanya itu dikatakan sebagai seorang yang memahami dan berdikari. Atas sebab itu, dia dapat memikat hati Johan atau nama penuhnya Johan Ariff As'ari, 31.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: