08 July 2018

IBU SAH BALQIS HIDAP KANSER, ENGGAN ULAS LEBIH LANJUT


Baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman Instagram peribadinya menunjukkan bintang cilik, Puteri Balqis Azizi menjalani rawatan bersama tanda pagar #fightcancer.





Keadaan kesihatan pelakon berusia 11 tahun itu yang menghadapi masalah jantung, kembali menimbulkan pertanyaan ramai dengan tanda pagar tersebut.

Status yang dimuatnaik tiga hari lalu itu menerusi akaun @rockingbalqis itu memaparkan gambar pelakon kanak-kanak berkenaan memakai topeng mulut dalam keadaan ceria berserta keterangan menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan.

Pada status dipercayai dikongsi ibunya sendiri, Norashikin Mohd Aziz, tahap kesihatan Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu juga dikatakan semakin baik.

Klik untuk gambar besar


Namun tanda pagar #fightcancer seakan-akan memberi bayangan mengenai penyakit sebenar Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) itu walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.

Norashikin ketika dihubungi mengesahkan anaknya menghidap kanser, tetapi tidak menyatakan secara terperinci jenis barah yang menyerang Aqish.

Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.

"Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.



"Apa pun dia semakin kuat," ulas ibu Balqis ringkas kepada BH Online menerusi aplikasi WhatsApp (WA).

Pada Mei lalu, Norashikin mengesahkan si kecil yang menceburi arena seni sejak usia dua tahun itu mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.

Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.

Apapun, kami doakan semoga adik Balqis cepat sembuh serta diberikan kekuatan untuk terus melawan dugaan besar ini.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: