08 July 2018

"SEMAKIN SELESA, WALAUPUN AGAK KEKOK PADA AWALNYA" - SITI SARAH


Penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang mula mengenakan tudung sekitar Mei lalu itu mengaku semakin selesa dengan imej terbarunya itu.





Masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan penampilan berhijab, Sarah, 34, bagaimanapun mengharapkan semua pihak dapat mendoakan supaya dirinya terus istiqamah dan ditetapkan hati untuk kekal bertudung.

"Sarah akui semakin selesa mengenakan tudung, walaupun agak kekok pada awalnya, terutama ketika mengadakan latihan nyanyian kerana Sarah menggunakan monitor telinga. Ada sedikit gangguan di situ.

"Bagaimanapun, selepas dibantu dengan pemakaian tudung yang sesuai oleh penata gaya, barulah Sarah berasa selesa.

Klik untuk gambar besar


"Apapun, Sarah masih lagi belajar dan mencuba untuk menjadi Muslimah lebih baik. Doakan Sarah kekal istiqamah," katanya ketika ditemui selepas menjayakan persembahan, Siti Sarah Special Showcase, di sini.

Mengenai jenis tudung dirasakan sesuai untuk digayakan olehnya, penyanyi yang mula menempa populariti menerusi lagu 'Kesetiaan' ini memberitahu, dia lebih gemar dengan imej turban.

Sementara itu, persembahan yang dibawakan oleh produk Pinky Pinky dengan kerjasama Indigital Sdn Bhd itu menyaksikan penyanyi bervokal mantap berkenaan menyampaikan lebih 20 lagu pelbagai genre.

Turut didendangkan ialah lagu terbarunya, 'Semakin', iaitu karya ciptaan suami tercinta, Shuib Sepahtu.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: