08 July 2018

KENA HINA, HENTAM - ABAM BERI NASIHAT PADA GENERASI BARU


"Tenang kalau kena hentam. Memang kadang-kadang hiba rasa hati ni. Rasa macam loser sangat. Ingat mak dan ayah. Ingat tujuan kita dalam industri. Lepastu kita doa kat ALLAH SWT, Insya ALLAH dipermudahkan.





"Aku ni orang dok hentam hari-hari gemuk bodoh la gemok babi lah, tak lawak lah, gemok ni kawen bini nak duit jer lah. Aku ni sampai maruah orang boh bawah tapak kaki.

"Stress kadang-kadang tapi balik pada tujuan asal, kita buat kerana apa? Untuk siapa kita buat? Cekalkan hati kita cari rezeki. Maafkan orang-orang begitu. Hati kita tenang. Insya ALLAH," tulis pelawak dan pelakon Abam Bocey menerusi laman Instagramnya.

Klik untuk gambar besar


Ahli kumpulan Bocey ini mengakui kesal apabila ada pihak yang sewenang-wenangnya menghina dirinya dengan pelbagai gelaran.

Abam berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar anak seni dan tampil memberi kata-kata semangat kepada generasi baru dalam industri.

Rata-rata kagum dengan kecekalan yang ada pada Abam dan mereka mendoakan dia tabah menempuh dugaan ini.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: