31 July 2018
ISU SUDAH 'BERPISAH' - AMELIA HENDERSON TAMPIL JELASKAN
Umum mengetahui mengenai pelakon berdarah kacukan India dan Scotland, Amelia Henderson yang sudah berkahwin dengan seorang kerabat diraja.
Namun, sejak kebelakangan ini khabar mengenai rumah tangganya yang dikatakan goyah sering menjadi bualan ramai. Ada yang mengatakan Amelia dan suami sudah bercerai.
Baru-baru ini, status perkahwinan Amelia terus menjadi tanda tanya dan mendapat perhatian apabilada ada seorang pengguna Twitter memuatnaik kenyataan mendakwa suami pelakon wanita itu sedang hangat bercinta dengan gadis lain.
Kalau ada yang masih ingat, Amelia sewaktu zaman kanak-kanaknya juga terlibat dalam iklan komersial.
Jika benar wujudnya skandal seperti yang dikatakan, rata-rata netizen merasakan Amelia berhak mendapat seorang lelaki yang lebih baik.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Amelia tampil menjelaskan mereka secara baik dan tidak wujud isu orang ketiga. Malah, beliau masih lagi berkawan baik dengan bekas suaminya itu dan kini sangat bahagia dengan kehidupan masing-masing.
Pelakon jelita yang kini sedang meningkat naik dalam industri hiburan tanah air selepas muncul dalam drama 'Pengantin 100 Hari' dan 'Jangan Benci Cintaku' ini pada masa yang sama meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.
Nampaknya segala tanda-tanya mengenai status perkahwinan Amelia sudah terjawab. Kalau mereka boleh berkawan baik, apa salahnya mendoakan agar hubungan yang terjalin itu dapat kekal sehingga akhirnya.
Mungkin mereka berdua sudah redha dengan apa yang terjadi, jadi netizen juga tidak perlu melatah dan 'chill' sahaja. Bak kata Amelia, doakan yang baik-baik.
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment