30 July 2018
"TEGUR... SAYA TERIMA, TAK PAYAH MELENTING" - AZHAR SULAIMAN
"Dua anak perempuan saya memang aktif di media sosial selain sentiasa mengikuti perkembangan trend semasa. Saya sedar anak-anak menjadi perhatian mungkin kerana mereka tidak bertudung atau cara berpakaian.
"Sebagai bapa saya ambil setiap tanggungjawab itu. Sekiranya ada orang yang mengkritik mereka atau menegur saya... Saya akan terima.
"Tak payah melenting kerana bagi saya yang menegur ini saya anggap seperti keluarga," kata pelakon Azhar Sulaiman yang memberitahu dia sedar kehidupan tiga anaknya yang semakin meningkat dewasa sering menjadi perhatian netizen memandangkan mereka adalah anak kepada seorang selebriti.
Azhar bagaimanapun berkata, dia seorang yang terbuka terhadap sebarang kritikan sama ada positif atau negatif terhadap mereka malah menyifatkan teguran itu sebagai peringatan dalam memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Azhar, 47, mempunyai tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 20 dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 16 tahun hasil perkahwinannya dengan Chempaka Emalin Pahamin.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun kata Azhar, setakat ini dia tidak menerima sebarang mesej atau komen berhubung kelakuan anak-anaknya seperti mana berlaku kepada segelintir selebriti yang turut mempunyai anak.
Dalam pada itu, Azhar berkata, sebagai bapa dia sentiasa menasihati anak-anaknya agar lebih bertanggungjawab menggunakan media sosial yang mana medium itu boleh mendatangkan kemudaratan.
"Anak-anak perempuan saya memang aktif di media sosial dan sering mengikut trend semasa. Saya sedar setiap gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan dan atas dasar itu saya sering beritahu mereka agar gunakan media sosial dengan baik.
"Kalau buat sesuatu atau berkata sesuatu yang menampakkan kebodohan diri sendiri, jadi mereka kena terima," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment