30 July 2018
DIEJEK JULING - ANAK SULUNG ALIFF SYUKRI SELAMAT DIBEDAH
Pada 28 Julai lalu, anak sulung kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Ammar Ahyan telah selamat menjalani pembedahan mata.
Menerusi laman perkongsian suami isteri ini di Instagram masing-masing telah menjelaskan sebab pembedahan itu dilakukan.
Difahamkan, anak sulung pasangan ini mengalami masalah mata juling air dan kerana itu dia sering diejek oleh raka-rakannya di sekolah.
"Pagi ni bawa @ammar_ahyan ada buat operation mata.... sebab mata dia sebelum ni juling sikit.... Dulu waktu baby dah nampak mata dia macam juling sikit tapi ingat juling-juling air gitu tapi makin besar makin ketara....
"Mama dapat temankan sampai @ammar_ahyan ditidurkan je..... kesian pula dia tadi nangis sebab takut... Asyik tanya je doktor ada tak yang buat salah mama? Saya jawab Ammar doa je banyak-banyak Insya Allah tak ada apa-apa...
Klik untuk gambar besar
"Kadang-kadang rasa kesian dengan dia sebab anak sulung selalu kena marah, selalu kena mengalah dgn adik-adik... mungkin banyak benar berjauh hatinya... Tapi itulah kan istimewanya jadi anak yang sulung 😍😍," tulis Shahida.
Aliff Syukri telah memuatnaik video sebelum anak sulungnya itu menjalani pembedahan dan ramai netizen kongsi pengalaman sama.
"Setelah 6 bulan menjalani rawatan hari ini (28 Julai 2018) Ammar akan menjalankan pembedahan mata supaya matanya normal..
"Doakan pembedahanya selamat.. Hari ni (28 Julai 2018) saya tak sempat nak temankan Ammar ke hospital tapi dia pergi dengan mama ya @shahidadherbs..," kata Aliff di IGnya.
www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, Aliff Syukri & Shahida IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment