30 July 2018

ANAK ALAMI TONSIL BERNANAH - SAHARUL RIDZWAN MOHON DOA


"Ali mengalami demam panas dan batuk tiga hari lalu sehingga menyebabkan tidur serta selera makannya terganggu.





"Pada awal, saya dan isteri menganggap ia demam dan batuk biasa tetapi selepas bertemu doktor, Ali disahkan mengidap tonsil dan sudah bernanah," kata pelakon Saharul Ridzwan.

Suami kepada Qaabila Deena Emir itu memohon jasa baik peminat agar mendoakan kesihatan anaknya, Luth Ali, 10 bulan yang kini mengalami penyakit tonsil bernanah agar kembali pulih.

Saharul, 29, kini berada di Karnival Jom Heboh di Bukit Jalil akui fokusnya kini terganggu mengenangkan kesakitan dialami anaknya itu.

Klik untuk gambar besar


Di laman sosial Instagram miliknya, Saharul memuatnaik sekeping foto sedang mencium anaknya yang sedang tidur berserta kapsyen meminta peminat mendoakan kesihatan anaknya itu.

"Doakan Ali sihat. Doktor periksa ada tonsil bernanah, sebab itulah tiga hari tak mahu makan. Saya tahu macam mana sakit bila ada tonsil sebab saya pun ada tonsil. Sembuhkanlah anakku Ya Allah!

"Bukan nak cari publisiti tapi merayu minta doa dari semua. Semoga Allah mendengar setiap doa dari semua untuk Ali," tulisnya diakhiri ucapan terima kasih.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Saharul Ridzwan IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: