30 July 2018

JANTINA ANAK KE-4 - ASHRAF MUSLIM PILIH RAHSIAKAN


Pelakon Ashraf Muslim yang sebelum ini berkongsi khabar gembira menerusi laman Instagramnya itu memilih untuk merahsiakan jantina cahaya mata keempat hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34.





Menurut Ashraf atau nama penuhnya Muhd Ashraf Muslim, 37, usia kandungan isterinya kini mencecah tujuh bulan dan dijadualkan melahirkan anak pada September ini.

"Alhamdulillah, kandungan Sakinah berada di dalam keadaan yang baik dan sihat. Saya sudah mengetahui jantina anak saya, cuma tidak mahu dikongsikan sehingga hari bayi itu dilahirkan.

Klik untuk gambar besar


"Seeloknya, kita tunggu bayi keluar dulu dan saya akan umumkan nama dia juga pada masa itu," katanya ketika ditanya mengenai jantina bayi di dalam kandungan.

Untuk makluman, Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi dan hasil perkahwinan tersebut, dia dikurniakan tiga cahaya mata bersama iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: