29 July 2018

'KEKASIH BARU' ZAHIRAH SERIUS, MAHU SEGERA NIKAH?


Semua sedia maklum mengenai pelakon Zahirah Macwilson yang kini sudah putus dengan aktor popular Zul Arrifin. Namun baru-baru ini tersebar khabar mengatakan yang pelakon semakin mencipta nama ini sudah bertemu cinta baru.





Khabarnya dalam kalangan rakan, hubungan Zahirah dengan kekasih barunya yang juga ahli perniagaan bukan lagi rahsia.

Bukan itu saja, mereka juga sering dilihat menikmati makan malam berdua dan menghadiri majlis membabitkan teman rapat.

Zahirah dan kekasihnya juga tidak merahsiakan hubungan mereka dengan sering kali memuatnaik gambar berdua dalam keadaan romantis.

Klik untuk gambar besar


"Walaupun mereka baru bercinta, ada berita gembira yang sampai ke pengetahuan Cik Pang. Khabarnya kekasih Zahirah sangat serius dengan hubungan yang terjalin antara mereka.

"Dia mahu menikahi Zahirah secepat mungkin dan kalau boleh dalam tahun ini juga. Bagaimanapun perancangan itu terpaksa ditunda kerana Zahirah harus menyelesaikan beberapa projek yang sudah dipersetujui sebelum ini.

"Bagi Cik Pang, perkara yang baik tidak harus dilengah-lengahkan. Kalau kedua-dua pihak sudah bersetuju, lebih baik urusan nikah kahwin disegerakan.



"Tambahan pula keluarga kekasih Zahirah, katanya sudah bertemu dengan pelakon jelita itu dan mereka tiada halangan sekiranya mereka mahu berkahwin.

"Tak sabarnya Cik Pang hendak mendengar daripada mulut Zahirah mengenai perancangan perkahwinan itu," demikian kata Cik Pang menerusi Harian Metro.

Bak kata perpatah 'Kalau dah jodoh tak ke mana'... Apapun, kami harap Zahirah bertemu jodohnya berjalan dengan lancar.

Iyelah kadang-kadang bercinta terlalu lama sudah tertulis bukan jodoh, kita tidak dapat bernikah dengan orang yang disayangi dan tak mustahil orang yang baru jumpa dua tiga bula rupa-rupanya jodoh kita.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: