29 July 2018

19 FOTO - MAJLIS AQIQAH, KESYUKURAN MARYAM, ANAK FIZO & MAWAR


Pelakon, pengacara dan usahawan Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim telah mengadakan majlis Aqiqah buat anak perempuan mereka, Wan Maryam, semalam.





Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Fizo bersama isteri dan anaknya telah mengenakan baju sedondon iaitu berwarna putih.

Untuk makluman, Maryam dilahirkan pada 29 Disember 2017 secara pembedahan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar


Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar, 28, pada 10 November 2013.

Selepas empat tahun menanti, akhirnya impian mereka untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas Mawar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim.




































www.myartis.com / Foto: Fizo Omar & Mawar Karim IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: