29 July 2018

BERI KEIZINAN KAHWIN LAIN - SUAMI UMIE AIDA TERKEJUT


"Pagi ni me (saya) bangun tidur, tiba-tiba me cakap dekat abang (suami). Jangan buat perkara tak elok. Kalau nak terus kahwin. Me izinkan.





"Terkejut beruk abang. Dia cakap me merepek," tulis pelakon Datin Seri Umie Aida yang mendedahkan dia memberi keizinan kepada suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkahwin lain.

Umie, 45, berkata suaminya terkejut dengan keputusan yang dibuatnya sebaik sahaja bangun daripada tidur pada pagi Sabtu.

Pelakon filem 'Dukun' yang memuatnaik status pendedahan tersebut menerusi laman Instagramnya ini juga menyedari dirinya bukanlah seorang isteri yang sempurna.

Klik untuk gambar besar


Namun, Umie yang bernikah dengan Khairuddin Abu Hassan di Mekah pada Mac 2010 itu tidak tahu mengapa dan sebab utama dia berkata sedemikian kepada suaminya.

"Me cakap me tahu me bukan isteri yang sempurna. Hmmm... Entahlah... kenapa dan mengapa me boleh cakap begitu. Tapi yes... Me izinkan dan me nak abang tahu itu. Mood gerhana bulan kot," katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial mendoakan rumah tangga Umie dan suami kekal hingga jannah biarpun dilanda dugaan.

Malah, ada juga segelintir netizen yang mengaitkan status tersebut dengan watak Husna menerusi drama 'Jangan Benci Cintaku'.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Umie Aida IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: