29 July 2018

HADIAH & KAPSYEN UNTUK AYAH - EMMA BUAT NETIZEN TERSENTUH


Menerusi laman Instagram, pelakon Emma Maembong telah memuatnaik video serta kapsyen yang membuatkan netizen tersentuh dan terharu.





Dalam video itu, Emma menghadiahkan ayahnya, pelukis Ismail Embong sebuah kereta mewah bersempena hari jadi.

Melihat pada kapsyen, hadiah mewah itu diberikan oleh Emma bagi menghargai pengorbanan dan jasa ayahnya yang menjaganya dari kecil sampai besar.

"Dari kecik kawan2 mesti cerita "ayah aku CEO" "ayah aku kerja besar" ayah kau emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau plk tak sekolah mcm mana nk jaga ayah kau.

Klik untuk gambar besar


"Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh. Belajar membaca sendiri, belajar erti hidup. Bila kita berjalan byk benda perlu berlajar sendiri.

"Byk cabaran dan dugaan tp apa2 pon yg jadi usaha paling penting. And This is for you ayoh. Thank you sbb jaga tima dgn baik.

"Dari kecik sampai besar. Tima cuma nk ayoh dan mama bangga dgn tima. Hope you like. Love you so much ayoh," demikian tulis Emma.

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan video dan kapsyen yang ditulis oleh pelakon 'Awak Suka Saya Tak?' itu.








www.myartis.com / Sumber: Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: