02 July 2018

"MANA OTAK" - REMY ISHAK DAKWA DIANIAYA, BUAT LAPORAN POLIS


"Saya baru balik daripada balai polis tadi. Saya membuat laporan polis sebab ada satu mamat dia kurang ajar dengan saya. Saya faham sekarang dunia viral tapi jangan nak ambil kesempatan dan jangan nak aniaya kami.





"Ya, saya tahu zaman sekarang semua orang nak glamor, kadang-kadang buat benda tak sepatutnya, mengaibkan orang dan buat video viral terutama berkaitan selebriti sebab nak glamor," demikian kata pelakon Remy Ishak yang tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya difitnah oleh seorang lelaki.

Pelakon filem Sembunyi 'Amukan Azazil' itu menyifatkan tindakan sedemikian tidak berakal dan bodoh.

Klik untuk gambar besar


"Ugut-ugut nak viralkan, nak fitnah, nak aibkan orang, where is your brain? Ada banyak cara lain nak dapat duit tetapi buat benda bangang sebab semata-mata nak satu kampung tahu masalah kau, bodoh!" katanya lagi menerusi video Instastory miliknya.

Bagaimanapun, Remy tidak mendedahkan maklumat lanjut berkenaan laporan polis tersebut malah tidak dinyatakan individu yang dimaksudkan.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: