02 July 2018

SARUNG KEMBALI JAKET 11 TAHUN LALU - SITI NURHALIZA DIPUJI


Sebelum ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dirinya berjaya menurunkan berat badan lebih 20 kilogram selepas melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah Khalid lebih tiga bulan lalu.





Terkini, menerusi laman Instagramnya, Siti telah memuatnaik beberapa keping foto saat mengahdiri rumah terbuka kakak iparnya, dengan penampilan serba hitam yang begitu anggun.

Apa yang menarik, kata Siti yang kini tampak lebih ramping berbanding sebelum ini, jaket tersebut merupakan jaket kesayangan yang dipakainya sewaktu pembukaan butik LV pada tahun 2007.

Klik untuk gambar besar


"Selepas menonton Show tadi,saya bergegas ke Open house Kakak Ipar Datin @zaitonmj .. jacket yang saya gayakan adalah jacket kesayangan saya.. pernah saya pakai waktu pembukaan butik LV pada tahun 2007..❤️❤️❤️," kata di IGnya.

Rata-rata memuji penampilan Siti yang tampak cukup cantik dan langsing pada malam itu, Malah, ada juga peminat yang senang dengan penataaan tudung penghibur popular itu.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: