17 July 2018

PERJELASAN USTAZ BERHUBUNG HUKUM AURAT HAEL & ANAK ANGKATNYA


Segelintir netizen di laman sosial telah berbalah berhubung isu penyanyi Hael Husaini yang mengambil anak angkat perempuan.





Terdapat netizen yang mempersoalkan hukum aurat antara penyanyi lagu 'Haram' itu terhadap kanak-kanak berkenaan apabila dewasa nanti.

Bagaimanapun, penceramah bebas, Ustaz Mohd Safwan Syafiq yang dihubungi mStar Online berkata, terdapat jalan penyelesaian yang boleh dilakukan dari segi hukum aurat dan bersentuhan antara bapa dan anak angkat tersebut.

Katanya, terdapat tiga hukum berkaitan perkara berkenaan.

"Dalam isu ini ada tiga hukum. Pertama, jika si lelaki itu belum berkahwin dan anak perempuan tersebut tidak disusukan oleh isterinya (jika dia berkhwin selepas itu) sebelum berumur dua tahun (atau pun dalam tempoh dia masih menyusu) sehingga 5 kali kenyang secara berasingan, maka hukum aurat dengan anak tersebut apabila dewasa sama seperti seorang perempuan dengan lelaki asing (bukan mahram).

Klik untuk gambar besar


"Namun, jika dia berkahwin selepas itu, hendaklah isterinya menyusukan anak tersebut hingga 5 kali kenyang sebelum umur dua tahun (atau pun tempoh menyusu), maka hukumnya adalah mahram muabbad (selama-selamanya)," jelasnya.

Selain itu, tambahnya, jika lelaki tersebut tidak berkahwin dalam tempoh anak itu masih menyusu, masa susuan boleh dilakukan oleh adik-beradik bapa angkat itu.

"Ada pun jika lelaki tersebut tidak berkahwin dalam tempoh anak tersebut masih menyusu, maka susukan dengan adik-beradik bapa angkatnya seperti kakak atau adik perempuan, maka hukum aurat dan sentuhan sama seperti anak saudara dengan bapa saudara.

"Hukum ketiga ini lebih kepada penyelesaian dan jika isteri, kakak dan adik perempuan tiada susu, dibolehkan ambil suntikan hormon untuk keluarkan susu," ujarnya.

Penyanyi tersebut mengambil anak angkat perempuan yang diberi nama Halena Hael pada tahun lalu dan kini sudah berusia setahun tiga bulan.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: