17 July 2018

FOTO AAFIYAH - SITI NURHALIZA KURANGKAN KONGSI, SEKAT KOMEN NEGATIF


"Sebelum ini pun ada yang meninggalkan komen berbaur negatif... Jadi bagi mengelak perkara sama berulang, suami berpesan agar tidak tidak terlalu kerap memuatnaik gambar Aafiyah di Instagram.





"Bimbang nanti orang mengata selain tidak mahu dia menjadi sasaran segelintir netizen yang tidak berpuas hati," kata penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang mengambil nasihat suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa agar tidak kerap memuatnaik gambar anak perempuan mereka, Siti Aafiyah di laman Instagram.

Siti, 39, berkata, pesanan itu dibuat kerana bimbang Aafiyah yang kini berusia empat bulan itu akan menjadi sasaran netizen yang tidak senang akan keadaan itu yang pada akhirnya akan menjadi bahan umpatan.

Dalam pada itu, Siti memberitahu tidak teragak-agak untuk menyekat pengikutnya di laman sosial itu yang meninggalkan komen negatif kepadanya.

Kata Siti, dia berbuat demikian kerana ingin mengelak daripada keadaan itu akan menimbulkan fitnah selain perbalahan dalam kalangan pengikutnya.

Klik untuk gambar besar


"Mana teguran yang baik dan membina saya ambil tetapi kalau sampai tahap melampau memang saya akan sekat akaun mereka kerana tidak mahu ada aura negatif dalam Instagram saya.

"Komen yang negatif dan melampaui batas sebenarnya sudah menggambarkan niat sebenar seseorang itu jadi daripada timbul perkara tidak baik lain, lebih baik saya sekat," ujarnya.

Baru-baru ini, penyanyi lagu 'Cindai' itu memuatnaik video aksi anak perempuannya itu di sebuah spa kanak-kanak.

Bagaimanapun, Siti telah dikritik netizen yang menyelar tindakannya membenarkan Aafiyah berenang menggunakan pelampung pada bahagian leher.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: