11 July 2018

PUSAT TAHFIZ - USTAZ KAZIM MAHU JUAL SELEPAS CERAMAH 'DISEKAT'


Peceramah bebas terenal, Ustaz Kazim Ilias dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook baru baru ini, mendakwa ada usaha dari pihak tertentu yang mahu menyekat beliau dari terus memberikan ceramah.





Ia sekaligus menjejaskan peruntukan untuk pusat tahfiz itu yang selama ini bergantung kepada bayaran hasil ceramah beliau.

Ustaz Kazim menyatakan hasrat untuk melepaskan atau menjual Kompleks Darul Barakah yang menjadi pusat tahfiz kendalian beliau selama ini.

Klik untuk gambar besar


"Pembiayaan sekolah ini adalah dari hasil kuliah dan ceramah saya setiap hari Kalau ada usaha menyekat ceramah bagaimana saya ingin meneruskan sekolah yang memerlukan dana yg besar.

"Setiap hari memikir dan susah hati nasib pelajar pelajar daripada anak yatim, warga emas sehinggalah muallaf yang menetap dan belajar di sini. Kalau saya tak mampu lagi saya minta maaf banyak banyak," tulis Ustaz Kazim.

Pusat tahfiz itu kini ditawarkan kepada sesiapa yang berminat dengan harga permulaan RM5,000,000 yang pastinya boleh dirunding. Penceramah itu juga menghargai sebarang sumbangan ikhlas untuk meneruskan operasi pusat tahfiz itu.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: