03 July 2018

SAH HAMIL - SITI SAIRAH BAKAL TIMANG ZURIAT LAGI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Sairah Tarudin apabila mengumumkan dia kini sedang berbadan dua.





Sairah yang mendirikan rumah tangga bersama kawan lamanya, Sharidan Johari pada Februari lalu memaklumkan khabar gembira itu menerusi akaun Instagramnya.

"Second check up, wahai anak. Menantikan saat indah, walaupun hati debar," tulis Sairah berserta sekeping foto imbasan ultrasound hitam putih.

Klik untuk gambar besar


Perkongsian itu diiringi doa dan ucapan tahniah daripada peminatnya yang tidak sabar menantikan cahaya mata pasangan ini.

Sairah yang muncul dengan single comeback 'Hanya Restu' itu mendirikan rumah tangga dengan Sharidan pada 24 Februari selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Sairah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: