03 July 2018
AIDIL AZIZ AKUI FASHA TERIMA DIRINYA SEADANYA
"Secara luaran, tidak dinafikan Fasha kelihatan seperti wanita yang berada dalam kategori 'high maintenance'. Namun, dalamannya dia tidaklah sebegitu.
"Sikap keibuan yang dimiliki Fasha terserlah dalam mendidik dan membesarkan kedua-dua anaknya, bahkan sangat mengambil berat perihal mereka dua beradik," ujar pelakon Aidil Aziz, 31, yang mengakui keterbukaan sikap aktres jelita, Fasha Sandha, 34, berkenaan membuatkan hatinya tertawan.
Menyedari keakraban dan kemesraannya dengan Fasha mula diperkatakan umum, jejaka tinggi lampai kelahiran Negeri Sembilan itu berkata, Fasha adalah seorang wanita yang matang dan rasional, malah menerimanya seadanya meskipun mengetahui akan sejarah lampau yang pernah membelenggu dirinya.
Klik untuk gambar besar
Aidil berkata demikian ketika diminta pendapat peribadinya terhadap produser sitkom lakonan mereka berdua, 'Mamu Mami Gosip' terbitan syarikat produksi milik Fasha, FS Creative Sdn. Bhd.
Menyifatkan Fasha seorang wanita moden yang amat bersederhana dalam menjalani rutin kehidupannya seharian, hal itu sekali gus membuatkan Aidil mudah berasa selesa untuk terus mendampingi ibu tunggal berkenaan.
"Apapun, doa yang baik-baik sahaja. Don't judge a book by its cover (Jangan menilai seseorang itu hanya dari luaran)," katanya yang sebelum ini yang dipetik dari kapsyen di laman Instagram miliknya.
Minggu lalu, video Fasha dan Aidil yang kelihatan mesra berpelukan di lapangan terbang hangat diperkatakan dan mencetuskan persoalan tentang status hubungan mereka.
Akhirnya, Fasha akui Aidil adalah lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini dan membuatkan dirinya terasa lebih bahagia.
Terdahulu, ada segelintir netizen mempertikaikan mengapa Fasha tidak mencari pengganti yang lebih kaya daripada bekas suaminya, Jejai dan mengapa memilih seorang lelaki yang pernah terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah.
www.myartis.com / Sumber: Utusan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment