03 July 2018

"TAK PUAS KE NAFSU... SUCH GREEDY HEARTLESS HUMANS" - WARDINA


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara popular, Wardina Safiyyah telah menyelar tindakan segelintir individu yang menjual haiwan eksotik sebagai binatang peliharaan.





Ujarnya, dia turut berasa marah dengan tindakan penjual kedai haiwan di negara ini yang sanggup menjual spesis tersebut pada harga beribu ringgit.

"Binatang rare macam ni bukan binatang peliharaan! Tak cukup ke kucing dan arnab, tak puas ke nafsu? Bersepah kucing dan anjing perlu dijaga di Malaysia," katanya dipetik menerusi Instagramnya.

Wardina memberi nasihat perbuatan sedemikian berdosa apabila memperlakukan haiwan terbabit. Tambahnya, haiwan liar bukan untuk dipelihara dan mereka tidak boleh dikurung.

Klik untuk gambar besar


"Kau ambik dia dari habitat asal, kurung dia dan jual demi keuntungan dan wang. Such greedy heartless humans!

"Siapa yang pantau kedai2 haiwan yang tumbuh sana sini? Mereka sepatutnya bebas dan hidup gembira di habitat asal bukan dalam kurungan kecil seperti itu.

"Celakanya manusia.. tamak sungguh ya kita ni. Alam kita musnahkan, binatang kita seksa demi duit dan nafsu," tuturnya.

Status Wardina itu turut mendapat pelbagai komen netizen yang bersetuju terhadap isu tersebut dan mahu Jabatan Perhilitan Malaysia mengambil tindakan.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: