12 July 2018

SOFI JIKAN AKUI TIADA TAWARAN, KAWAN RAMAI LARI


"Sejujurnya, selepas timbul kes berkenaan saya tidak mendapat sebarang tawaran berlakon. Kalau ada pun, pihak terbabit batalkan.





"Malah, beberapa projek yang dipersetujui sebelum ini mengarahkan saya untuk menulis surat dengan alasan menarik diri.

"Saya juga tidak boleh terbabit dalam sebarang program di kaca TV. Saya tidak pasti sama ada nama disenarai hitam kerana tidak ada hitam putih.

"Dalam masa sama, kawan juga ramai lari. Kalau saya hubungi atau menghantar mesej, mereka tidak jawab. Dari situ, baru saya tahu siapa kawan dan lawan.

"Mungkin mereka tidak mahu terbabit dengan saya, jadi tidak ada siapa mahu berkawan dengan saya," demikian jelas pelakon Sofi Jikan yang mengakui tidak mendapat sebarang tawaran berlakon selain beberapa projek ditarik balik.

Klik untuk gambar besar


Malah Sofi atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, turut mendedahkan kebanyakan rakan lari dan menjauhkan diri daripadanya gara-gara terpalit dengan isu penahanan akibat penyalahgunaan dadah (positif ganja) dan didakwa antara individu yang menganiaya Farid Kamil.

Sofi ditemui media pada majlis pelancaran filem 'Jodoh Syaitan' yang menampilkannya sebagai pelakon utama itu bagaimanapun tidak mahu prejudis atas tindakan segelintir pihak terbabit.

"Saya terima apa saja orang cakap mengenai diri saya. Lagipun, apa berlaku ada hikmah di sebaliknya. Dari situ ia dapat membuka ruang untuk saya menceburi bidang perniagaan.

"Jadi, apabila mendapat tawaran berlakon filem ini dan diangkat sebagai hero, saya berasakan ia satu anugerah," katanya.



Ditanya sejauh mana hubungan dengan pelakon Datuk Farid Kamil, Sofi mengakui suami kepada Datin Diana Danielle itu ada menghubunginya namun belum waktu sesuai untuk mereka berhubung dan berbaik semula.

"Diakui ada beberapa rakan nak pertemukan kami, tetapi saya tidak berminat. Malah, Farid juga ada menghubungi, tapi saya tak jawab.

"Terus terang, saya masih belum boleh terima apa yang dia lakukan terhadap saya. Saya macam tidak percaya dia sanggup buat seperti itu. Disebabkan tindakannya, saya hilang segala-galanya," ujarnya.

Sejujurnya, hati Sofi masih terguris dengan apa yang dilakukan oleh Farid terhadap dirinya sehingga menjejaskan bukan sahaja imej tetapi periuk nasinya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: