24 August 2018

3 TAHUN MENANTI, 3 TAHUN ALLAH PINJAMKAN" - SAFURA YA'COB


Penyanyi dan pelakon Safura Ya'cob menerusi laman Instagram baru-baru ini telah mencetuskan rasa hiba dalam kalangan netizen selepas memuatnaik entri mengenang pemergian cahaya mata perempuannya, Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada September 2011.





Menerusi entri tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu 'Sedalam Mana Cintamu' itu meluahkan rasa rindunya terhadap arwah.

"23 Ogos 2008 lahirnya anak syurgaku ke dunia, tiga tahun menanti kehadiranmu, tiga tahun sahaja Allah pinjamkan kamu untuk membahagiakan kami sekeluarga.

Klik untuk gambar besar


"Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Kami reda dalam ketentuan-Mu. Semoga Allah pertemukan kami nanti dalam jannah Allah yang sudah tentu pasti. Mama rindu... Al-fatihah," tulisnya.

Untuk makluman, Mariam meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri pada usia 3 tahun kerana demam berpanjangan dan merupakan anak pertama Safura dengan pelakon Sahronizam Noor.

Selain Mariam, Safura mempunyai seorang anak bersama Shahronizam iaitu Yusoff Firdaus, 8. Hasil perkahwinan sebelum ini, Safura dikurniakan dua anak, Nurul Natasha, 24, dan Muhammad Daniel Khaqim, 18.




www.myartis.com / Sumber: Instagram Safura Ya'cob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: