24 August 2018

ISU 'PERGI MAMPUS' - HAQIEM RUSLI TAK AMBIL PEDULI


"Biarlah siapa yang nak benci saya, kutuk serta hina. Asalkan saya tak ada kacau orang. Kadang-kadang perbuatan mereka tu menunjukkan siapa lebih matang. Bagaimanapun, terima kasih.





"Aku akan cuba keluarkan lagu-lagu yang berkualiti," tulis penyanyi Haqiem Rusli di Twitter yang memberitahu tidak mengambil peduli apabila ada segelintir pihak yang ingin membenci, mengutuk atau pun menghinanya.

Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli, 20, berkata, dia tidak kisah sekiranya ada yang membencinya kerana menganggap setiap kata-kata cacian terhadapnya sebenarnya menunjukkan kematangan seseorang itu.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi lagu 'Jatuh Bangun' itu berkata demikian bagi membalas tweet peminat yang mendengar kesemua lagunya selepas penyanyi Noh Hujan mengeluarkan kenyataan 'Pergi Mampus Haqiem Rusli'.

Noh menyebut kata-kata itu ketika mengadakan persembahan bersempena Love Suria Charity pada baru-baru ini dan mencetuskan perbalahan antara peminat mereka.

Sebelum ini, Noh pernah menyuarakan pendapatnya mengenai isu depresi Haqiem yang didakwa hanyalah untuk melariskan album terbaharunya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: