24 August 2018

"CELAH MANA, TAKKAN LA AKU NIAT NAK JADI..." - BAZLI UNIC


Semua pasti mengetahui mengenai #DeleAlliChallenge (membengkokkan jari dan tangan yang diletakkan di mata) yang kini sedang tular di media sosial.





Untuk makluman, #DeleAlliChallenge adalah inspirasi daripada seorang pemain bola sepak dari pasukan Tottenham, Dele apabila dia berjaya menjaringkan gol dan mula bergambar bersama peminat dengan gaya sedemikian.

Enggan mendiamkan diri, anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan telah tampil menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa #DeleAlliChallenge merupakan simbul kepada dajjal.

Menurut Bazli, apa yang dilakukan itu hanyalah sekadar pergerakan jari dan tidak membawa apa-apa maksud seperti yang tular di media sosial.

Klik untuk gambar besar


"Ini jari trick saja. Celah mana pulak yahudi dajjal ni adoi. Takkan la aku niat nak jadi dajjal yahudi wei. Aku pun tahu la. K la. Anggap jari tu aku ubah letak kt pipi bukan kat mata," tulisnya menerusi entri di Instagram.

Namun perbuatan yang dilakukan oleh Bazli itu ternyata mendapat kritikan netizen dan mereka berharap dia lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara yang boleh merosakkan namanya sebagai penyanyi nasyid.

Sebelum ini, tular di media sosial penggunaan #DeleAlliChallege iaitu membengkokkan jari dan tangan yang diletakkan di mata.

Untuk rekod, #DeleAlliChallenge adalah inspirasi daripada seorang pemain bola sepak dari pasukan Tottenham, Dele apabila dia berjaya menjaringkan gol dan mula bergambar bersama peminat dengan gaya sedemikian.






www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: