24 August 2018

NOVEMBER TAHUN DEPAN - RAJA ILYA NIKAHI USAHAWAN AUSTRALIA


"Saya tidak pernah berfikir untuk berkahwin. Saya fikir saya mungkin akan menjadi andartu tetapi TWG menyakini saya untuk berkahwin.





"Di sebalik status yang dimilikinya, dia sangat merendah diri malah pemilik jiwa dermawan kerana telah banyak membantu masyarakat dan komuniti di sekitar beliau tidak kira bangsa atau agama.

"Kadang saya terfikir dia terlalu sempurna buat saya. Dia ada semua ciri yang didamkan wanita. Dia kacak, penyayang, berkedudukan, baik hati dan pemurah tetapi dia memilih untuk mengahwini saya," kata pelakon Raja Ilya yang mendedahkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada November tahun hadapan.

Klik untuk gambar besar


Kata Ilya, dia menerima lamaran usahawan kelahiran Australia yang diperkenalkan sebagai TWG itu selepas enam tahun berkenalan.

Uniknya, Ilya dilamar menerusi sebuah puisi yang ditulis khas oleh TWG: "Cara dia melamar saya juga cukup menyentuh perasaan di mana dia telah menulis sebuah puisi untuk meluahkan perasaannya sekaligus melamar saya".




www.myartis.com / Sumber: Hijab & Heels & Instagram Ilya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: