24 August 2018
MUATNAIK FOTO MESRA - CINTA VANIDAH & RASHIDI 'MASIH UTUH'
Sebelum ini menerusi sebuah akhbar tempatan, timbul desas-desus mengatakan rumah tangga yang dibina oleh Vanidah imran dan Rashidi Ishak selama 18 tahun sudah berantakan dan sudah membawa haluan hidup masing-masing.
Vanidah atau mersa dengan panggilan Vee itu ketika ditanya berkenaan isu itu berkata, dia tidak mahu memanjangkan gosip itu jika dia memberi sebarang kenyataan mengenainya.
Bagaimanpun baru-baru ini, Rashidi menerusi akaun Instagramnya telah memuatnaik foto beliau dan Vee bersama ketika-ketika menyambut Hari Raya Aidiladha. Bagaimanapun, foto terbabit telah dibuang.
Melihat pada gambar tersebut, pasangan yang dikurniakan dua orang anak ini dilihat masih saling sayang menyayangi
Klik untuk gambar besar
Rata-rata peminat memuji betapa mereka tampak begitu mencintai antara satu sama lain dan menganggap mereka pasangan paling 'sweet'.
Ada yang bersyukur mereka berdua masih lagi bersama dan mendoakan agar Rashidi dan Vee kekal sehingga ke jannah.
Pada laporan tersebut, rumah tangga pasangan ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi, malah mereka turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.
Mereka dikatakan berpisah secara baik dan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada pelakon wanita itu.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment