Pelakon Adam Corrie Lee dan isteri, Fazi Fuad baru-baru ini telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak lelaki sulung mereka, Adam Fateh Lee.

Selain majlis aqiqah, pasangan ini turut mengadakan majlis kesyukuran ulangtahun perkahwinan ke-10 mereka.
Dalam majlis yang diadakan secara sederhana, Adam bersama isteri serta anaknya itu sedondon dan kelihatan segak mengenakan busana putih.
Klik untuk gambar besar

Berkahwin pada 2008, mereka menanti hampir 10 tahun untuk menerima cahaya mata dan dikurniakan dengan kehadiran Adam Fateh Lee pada 11 Julai yang lalu.
Gambar-gambar sekitar majlis tersebut telah dikongsikan oleh pelakon 'KL Gangster' ini menerusi laman Instagram miliknya.


































www.myartis.com / Sumber: Adam Corrie Lee IG
________________________

No comments:
Post a Comment