14 August 2018

DUET BERSAMA PESERTA ICSYV (MY) - AYDA JEBAT 'PUKAUKAN' NETIZEN


Selepas video duetnya bersama salah seorang peserta program realiti tular di laman sosial, nama penyanyi dan pelakon Ayda Jebat kembali 'panas'.





Dikenali dengan lagu pop rancak, sesetengah netizen sering mempertikaikan kebolehan vokal penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 9 (AF9) itu.

Terbaru, menerusi salah sebuah entri yang viral di laman Twitter, netizen yang menggunakan nama @theazribazfar berkongsi sedutan video Ayda berduet dengan peserta yang digelar Abang Ais Krim.

Menerusi video tersebut, mereka menyanyikan lagu 'Pinjamkan Hatiku', nyanyian asal Ayda bersama vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo.

Klik untuk gambar besar


Menerima pelbagai respon, tweet milik @theazribazfar itu telah diulang kicau sebanyak hampir 16,000 serta disukai oleh hampir 12,000 pengguna.

Disamping itu, peserta yang digelar Abang Ais Krim itu juga mendapat pujian netizen kerana kelunakan suaranya.

Lagu terbabit merupakan lagu runut bunyi filem lakonan Ayda bersama Shaheizy Sam dan Datuk Farid Kamil yang turut berjudul 'Pinjamkan Hatiku' yang ditayangkan pada hujung tahun lalu.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: