Gara-gara tayangan klip video (VT) yang dipaparkan sebelum menyampaikan lagu 'Sejarah Mungkin Berulang' nyanyian asal New Boyz di konsert kedua Big Stage, penyanyi baru Ariff Bahran telah menerima pelbagai reaksi.

Kecoh di laman sosial, Bahran telah didakwa oleh sesetengah netizen bahawa beliau menyindir Tomok dan kumpulan New Boyz.
Netizen mula mempersoalkan kenyataan yang diberikan oleh Bahran yang didakwa tidak sopan untuk penyanyi senior seperti Tomok.
Tidak melatah, Bahran bertindak untuk menjernihkan keadaan dan menjelaskan situasi sebenar menerusi sebuah entri di laman Instagramnya.
Klik untuk gambar besar

Dalam kenyataan itu, pelantun lagu 'Kata Akhirmu' itu memohon maaf serta memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
"Assalamualaikum. Untuk pengetahuan semua, sebelum mana-mana sesi rakaman klip video (VT) diadakan, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak produksi #BigStage dan jawapan yang dilontarkan ketika soal jawab tersebut adalah sangat bersahaja dan santai.
"Pihak produksi memberikan kami skrip sebagai rujukan dan kami akan olah skrip tersebut dengan cara kami yang tersendiri.

"Komen yang diberikan tidak berniat untuk menyindir Tomok mahupun kumpulan New Boyz. Namun begitu, mungkin ada di antara peminat yang menyalah tafsir jawapan tersebut dan berfikir yang sebaliknya.
"Sejujurnya, saya menghormati Tomok sebagai seorang figura yang disegani dalam industri seni tanah air dan saya memohon maaf jika berlakunya sebarang keterlanjuran," tulis Bahran.
Rata-rata pengikut laman Instagram Bahran memuji tindakan jejaka itu yang memohon maaf serta bersikap positif terhadap teguran yang diberikan.



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Ariff Bahran
________________________

No comments:
Post a Comment