13 August 2018

FESYEN DI KLFW 2018 DIKRITIK - NABILA HUDA TAMPIL BIDAS


Baru-baru ini telah berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW2018) dan pastinya tampil dengan pelbagai gaya bukan? Waktu ini lah mereka hendak tunjukkan fesyen yang unik dan sekaligus menarik perhatian ramai.





Para selebriti yang dijemput hadir sebagai tetamu untuk memeriahkan lagi pertujukan fesyen tersebut dan antaranya yang tidak melepaskan peluang ialah pelakon Nabila Huda.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil, 34, ini telah memilih mengenakan busana serba hitam dengan bertudung (scarf). Bagaimanapun penampilan anak kepada penyanyi rock legenda Amy Search itu telah menimbulkan sedikit kontroversi.

Klik untuk gambar besar


Menerusi akaun Instagramnya, Abil menyatakan ia adalah fesyen ala-ala zaman nenek kita dahulu. Rata-rata netizen bagaimanapun tidak bersetuju dengan kata-kata Abil.

Ada juga yang mendakwa Abil seakan mempersendakan agama. Namun begitu, Abil tidak berdiam diri dan membidas komen-komen yang dilemparkan kepada dirinya.

Untuk pengetahuan anda, memang ada fesyen 'headscarf' ini dan cukup popular di negara barat. Mungkin Abil bukanlah sengaja ingin mempersendakan agama. Walaubagaimanapun, tidak salah juga unutk netizen memberikan nasihat.












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: