13 August 2018

BILA WANI KAYRIE HADIAHKAN KERETA BUAT IBU TERCINTA


Bersempena ulangtahun ke-40, penyanyi Wani Kayrie telah membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda BRV kepada ibu tercintanya, Kay Sabah.





Wani menerusi Instagramnya memberitahu dia membeli kereta itu hasil daripada rezekinya dalam bidang nyanyian dan memilih Honda BRV yang menjadi pilihan ibunya.

"Alhamdulillah. Tahun ini ada rezeki lebih kita hadiahkan Mama kereta yang dia nak. Selamat hari jadi Mama @kaysabah. Harap Mama suka dengan hadiah daripada kami!

"Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa. Semoga sentiasa kekal muda dan terus bertenaga! Sayang Mama!," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi video itu, ibunya yang berbaju blaus biru memakai penutup mata sebelum anak-anaknya membuat kejutan dengan memberikan kereta tersebut.

Kay yang terkejut dengan hadiah itu dilihat terus memasuki kereta berwarna kelabu itu dan memeluk anak-anaknya sebagai tanda terharu dan terima kasih.

Sementara itu, Kay menerusi Instagramnya memberitahu teruja dengan hadiah tersebut dan tidak menyangka mendapat hadiah hari jadinya.

"Akhirnya saya dapat hadiah hari jadi saya hari ini! Terima kasih, Mama sayang anda semua," katanya.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: