13 August 2018

BIG STAGE: BUKAN GIMIK! BABY SHIMA PENGSAN KERANA PENAT


Siapa yang menonton konsert minggu kedua program realiti Big Stage, pasti sudah melihat penyanyi Baby Shima jatuh pengsan sebaik sahaja selesai membuat persembahannya malam semalam.





Kejadian tersebut telah mengejutkan penonton di auditorium termasuk yang menyaksikan siaran langsung program itu di rumah.

Penyanyi berusia 25 tahun itu dilihat terus terbaring hingga suasana menjadi kecoh terutama apabila petugas produksi bergegas mengangkat Baby Shima ke belakang pentas.

Pada mulanya, kejadian tersebut disangka 'gimik' oleh penonton, tetapi hakikatnya penyanyi lagu 'Tak Sabar' ini benar-benar tidak sedarkan diri.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, Baby Shima pengsan disebabkan terlalu penat kerana ulang-alik dari Indonesia-Malaysia. Pihak pengurusan Shima mengakui perkara tersebut.

"Shima ada persembahan malam semalam di Semedang, Indonesia dan sampai di Kuala Lumpur pada 3 petang tadi. Dia ada mengadu sakit kepala dan pada jam 6 petang tadi, Shima makan panadol.

"Sebelum naik ke pentas melakukan persembahan, Shima mengatakan badannya berada dalam keadaan lemah. Namun begitu, dia tetap meneruskan persembahan dan akhirnya pengsan. Saya tak sangka perkara ini terjadi," kata wakil pihak pengurusan.



Dalam kejadian tersebut, paramedik telah datang memberi bantuan dengan kadar yang segera sebelum penyanyi yang berasal dari Johor itu dikejarkan ke hospital.

Tidak lama selepas itu, pengacara Big Stage, Aliff Satar dan Sherry Alhadad telah memaklumkan kepada semua penonton bahawa Shima telah sedarkan diri.

Pihak doktor mahu Shima yang menyanyikan lagu 'Ku Tak Akan Bersuara' nyanyian asal Nike Ardila pada minggu kedua ini berehat terlebih dahulu.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian / Foto: Astro Gempak, Mangga Media & pepatungmy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: