26 August 2018

AKUI BERCERAI - AMELIA HENDERSON ENGGAN KONGSI TARIKH


Akhirnya pelakon drama 'Pengantin 100 Hari', Amelia Henderson sedia berterus terang kerana tidak mahu khalayak terus mempersoalkan kehidupan peribadinya meskipun mengakui agak sukar untuk membuka mulut mengenai perceraiannya.





Pelakon kacukan India-Scotland itu berkata, dia dan bekas suaminya, Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar berpisah tahun ini, namun enggan berkongsi tarikh sebenar mereka membawa haluan masing-masing.

"Sebelum ini, saya sengaja menggantung persoalan ini hingga ramai berteka-teki mengenai status rumah tangga saya. Bukan apa, kadang kala apabila kita hanya berkongsi sedikit, persepsi orang ramai jauh tersasar. Saya tidak izinkan mereka berkata sesuatu yang tidak benar.

"Namun, tidak adil pula rasanya apabila bekas suami dikaitkan dalam kehidupan saya sebagai figura awam. Saya tidak mahu bekas suami menjadi mangsa cemuhan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon 'Jangan Benci Cintaku' itu berkata, sudah tiba masa untuk dia membuka mulut daripada membiarkan netizen terus 'membawang' cerita yang tidak benar.

"Perkahwinan kami terlerai di pertengahan jalan adalah ketentuan Tuhan. Mungkin ada yang menganggap saya bercerai kerana berkahwin pada usia muda dan tidak matang, tetapi orang dewasa juga ada yang berpisah. Semua itu takdir yang tercatat dalam perjalanan hidup saya," ujarnya.

Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.



Bercerita lanjut mengenai kehidupannya selepas kembali solo, Amelia berkata, dia tidak tertekan menerima takdir yang tertulis, sebaliknya bersyukur apabila diberikan Tuhan kehidupan dan keluarga serta kerjaya yang baik.

"Mungkin jodoh saya tidak kekal, tetapi Tuhan menggantikannya dengan rezeki lakonan yang melimpah-ruah. Saya dan bekas suami membuat keputusan untuk berpisah bersama-sama.

"Ia dilakukan dengan tenang, biarpun keputusan itu bukan mudah. Saya harus pandai mengawal perasaan untuk menjaga hati keluarga kedua-dua pihak," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: