12 August 2018

AL-FATIHAH - DRAMATIS NOR AMISAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada keluarga pelakon drama 'Cinta Tiada Ganti', dramatis Nor Amisah Abdullah yang meninggal dunia pagi tadi pada usia 52 tahun.





Pelakon yang juga rakan baik Allahyarham, Numan Salleh ketika dihubungi memberitahu Nor Amisah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Jalan Ipoh.

Kata Norman lagi, Nor Amisah yang lebih mesra dengan sapaan Kak Nurin meninggal dunia disebabkan penyakit asma yang dihadapinya.

"Ada yang kata ibu kepada Nurin yang meninggal tetapi tidak... Memang dia yang meninggal dunia dan saya boleh sahkan perkara itu.

"Salah faham berlaku disebabkan anaknya yang menjawab mesej telefon arwah dan timbul salah faham," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Norman berkata, jenazah Allahyarham kini berada di Surau Al-Islah Taman Batu Permai, Jalan Ipoh untuk solat jenazah sebelum dikebumikan selepas solat Zohor.

Nor Amisah memulakan karier sebagai pelakon tambahan dan sejak itu dia banyak membintangi drama dan filem tempatan.

Dalam perkembangan sama, Persatuan Seniman Malaysia memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi tadi.

Menurut anaknya, Allahyarham tidak sedarkan diri awal pagi ini sebelum pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah meninggal dunia. Allahyarham meninggalkan suami dan lima orang cahaya mata.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: