12 August 2018

MASUK HOSPITAL - DOAKAN KESEMBUHAN WAN MAIMUNAH


Menerusi laman Instagram, Adam Hamid telah memohon supaya mendoakan kesihatan pelakon versatil, Wan Maimunah yang telah dimasukkan ke hospital di Alor Gajah, Melaka, semalam.





Difahamkan, Wan Maimunah atau nama lengkapnya, Wan Maimunah Bt. Wan Abdul Aziz terpaksa ditahan di wad kerana mengalami masalah lelah.

"Mohon aminnkan doa kesembuhan buat Seniwati Wan Maimunah @ibu_maimunah. Ibu dimasukkan ke Hospital Hari ni... Kerana Asthma/Lelah

"Ibu ditempatkan di Katil 25, wad Kenanga 2B Hospital Alor Gajah, Melaka. Allahumma robbannas adzhibilba’ sa isyfi antasysyafi la syifauka syifa’ an la yughodiru saqoma

"Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan dari segala manusia dimuka bumi, berikanlah kesembuhan kepadanya, angkatlah penyakitnya, dan jadikanlah penyakit yang ia derita sebagai pelebur dosa.

Klik untuk gambar besar


"Hanya kepadamu lah kami meminta kesembuhan, kesembuhan yang tak ada berulang lagi. Aminnn aminn aminn Ya Rabbal a'lamin," tulisnya.

Pada masa sama, bintang legenda berkenaan turut berterima kasih kepada individu yang menggunakan akaun Instagram @norhapipah atas informasi yang diberikan terhadap status terkini Wan Maimunah.

Rata-rata netizen mendoakan agar pelakon hebat itu segera sembuh dan berharap agar semuanya dipermudahkan.

Sebelum ini, Wan Maimunah pernah dimasukkan ke hospital akibat mengalami masalah bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru, dua tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Adam Hamid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: