10 August 2018

ANAK LAN ALAMI MATA TAK HENTI BERKEDIP, DAHI KOYAK


"Sampai saja di rumah, memang dia (Akid) menangis. Jadi, kami terus membawanya ke PPUM. Alhamdulillah, (luka) tidak terlalu serius. Tetapi sebagai ibu bapa, kerisauan tahap 'gaban' adalah lumrah!





"Tambahan pula inilah kali kedua dia koyak dahi, di tempat sama," kata penyanyi Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila Hashim mengenai anak ketiga mereka, Muhammad Akid Qassyaff, 4, yang dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami kecederaan pada bahagian dahi akibat terjatuh.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Sheila memaklumkan insiden terbabit berlaku ketika dirinya menemani suami menjayakan temubual khas bersama sebuah stesen radio, kelmarin.

Katanya, sewaktu temubual sedang ke udara, dia menerima panggilan bertalu-talu daripada ibunya. Berasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena, dia tetap mengangkat panggilan berkenaan walaupun tidak sepatutnya berbuat demikian.

Klik untuk gambar besar


Sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden terbabit, mereka terpaksa meninggalkan konti dan bergegas pulang.

Bagaimanapun, Sheila lega apabila diberitahu anaknya tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya dahi kanak-kanak itu cuma perlu digam.

Sementara itu, Lan menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa syukur kerana Akid tidak perlu dijahit seperti pernah dilalui kanak-kanak terbabit, sebelum ini.

Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009. Selain Akid, pasangan ini dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Nur Amna Quxandra yang berusia enam bulan.



Dalam pada itu, penderitaan seorang kanak-kanak di Filipina yang terpaksa menanggung sengsara kerana mengalami gangguan saraf pada bahagian muka sejak Julai lalu gara-gara kerap menggunakan gajet turut mendapat perhatian Lan dan isterinya.

Sheila yang turut berkongsi video laporan itu menerusi Instagramnya mendedahkan Akid nyaris mengalami keadaan sama akibat penggunaan gajet yang menyebabkan mata anakya tidak berhenti berkedip selain mengalami sakit kepala.

Dalam pada itu, Sheila berkata, dia bertuah kerana cepat perasan terhadap perubahan anaknya itu dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun katanya, ia bukan satu perkara mudah apabila Akid mengamuk kerana dia dan suami tidak lagi membenarkannya bermain gajet.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: