09 August 2018

MARK ADAM NAFI HAQIEM 'RAMPAS' TAPI DISURUH TOLONG


Baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli telah menerima kecaman apabila aksinya yang dikatakan 'merampas' mikrofon seorang peserta program 'I Can See Your Voice Malaysia'.





Bagaimanapun, penyanyi Mark Adam menolak kecaman netizen terhadap Haqiem dan berkata, tindakan itu bukanlah kasar seperti yang diperkatakan oleh netizen di media sosial.

"Saya yang menyuruh dia naik ke pentas dan tolong peserta itu menyanyi lagunya dengan betul. Itu bukanlah merampas mikrofon sebaliknya mengambil.

Mark atau nama penuhnya Fikri Adam Mark Abdullah, 39, memberitahu situasi ketika sesi rakaman itu berlangsung juga tidaklah tegang.

"Dua tindakan itu berbeza dan ia bukan sesuatu yang kasar seperti yang dikecam netizen. Kami semua, artis dan peserta berseronok ketika sesi rakaman itu berlangsung. Jadi, tak ada isu pun sebenarnya antara Haqiem dengan peserta itu," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam program itu, peserta bernama Mohd Syamsul menyanyikan lagu 'Tergantung Sepi' dengan sumbang dan Haqiem naik ke pentas dan mengambil mikrofon peserta itu dan menyanyikan lagunya.

Dalam masa sama, Haqiem ketika ditemui berkata, dia tidak kisah dengan kecaman netizen kerana baginya, mereka tidak faham konsep program itu.

"Mereka (netizen) tak pernah jadi artis. Mereka tak faham konsep program itu. Saya diminta pihak produksi untuk membawa karakter gila-gila.

"Saya tak marah. Sekali saya pernah buat salah, setiap benda yang saya buat orang akan anggap salah," tuturnya yang juga sudah menghantar mesej mohon maaf menerusi Instagram kepada peserta berusia 19 tahun itu.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: