09 August 2018

ARWAH NIZEN ELAK BERTEMU, JEMPUT KE KENDURI - MARINA JOSE PELIK


"Saya sangat terkejut dan sedih kerana sudah beberapa bulan kami tak berjumpa dan saya tidak tahu mengapa dia sering mengelak apabila saya ajak jumpa.





"Dia muatnaik foto kenangan kami bersama dengan kapsyen rindu nak jumpa. Tapi bila saya telefon dan mesej dia tidak berjawab," ujar rakan baik Allahyarham Nizen Ayob iaitu Marina Jose yang berkongsi rasa sedih dan terkejut dengan pemergian pelakon itu pada Isnin.

Marina yang perupakan bekas peserta program 'Pilih Kasih' berkata, pelakon Gerak Khas itu tidak mahu bertemunya sejak kebelakangan ini dan hanya memuatnaik foto kenangan mereka di laman sosial.

Arwah Nizen yang berusia 33 tahun itu meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Marina berkata dia sempat mengunjungi pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Pekan Layang-Layang Johor Bahru pada petang Isnin lalu.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Marina turut berasa pelik apabila Allahyarham ada menjemput dia dan beberapa rakan bekas peserta program 'Pilih Kasih' lain untuk datang kenduri di rumahnya pada 11 Ogos ini (Sabtu ini).

"Saya fikir dia mahu berkahwin atau bertunang sebab itu adalah hari jadi dia. Tapi ketika bertemu ibunya pada majlis pengebumian itu, tiada majlis apa-apa yang dirancang pada tarikh itu," tuturnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kejadian sihir yang pernah dialami Allahyarham, Marina berkata Nizen sudah lama mendapatkan rawatan.

"Dulu memang dia pernah mengalami kejadian itu tapi dia sudah berubat. Ibunya juga memberitahu bahawa keadaan dia sudah agak baik selepas berubat cuma dia sering demam-demam," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: