09 August 2018

BUAH PINGGANG BENGKAK - BAPA MIA SARA NAFI DAH ROSAK


Bukan buah pinggang rosak, tetapi ia hanya sekadar sakit buah pinggang biasa disebabkan jangkitan kuman, demikian kata bapa Mia Sarah, Muhammad Ridhuan, mengenai spekulasi yang tersebar hingga memburukkan reputasi keluarganya.





"Ketika bangun Subuh, kelmarin, Mia mengadu sukar kencing menyebabkan perutnya sakit. Mia bagaimanapun, tetap ke sekolah seperti biasa.

"Namun, dia menghubungi saya pada tengah hari itu dan mengadu sakitnya belum hilang. Saya terus membawanya ke klinik, tetapi diminta doktor ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Doktor memaklumkan, Mia mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing menyebabkan buah pinggangnya turut membengkak.

Klik untuk gambar besar


"Setakat ini Mia sudah tiga hari di hospital. Rawatan yang diberikan ketika ini, drip air dan antibiotik. Alhamdulilah dah boleh buang air kecil namun masih sakit.

"Syukur keadaanya beransur pulih. Terima kasih kepada doktor, jururawat, dan semua yang datang melawat dan peminat yang mendoakan," katanya.

Pada masa ini, Mia tidak melibatkan diri dengan sebarang aktiviti seni dan menumpukan perhatian untuk beberapa projek media sosial dan menghadiri acara hiburan.

Difahamkan, Mia kini beransur pulih sejak ditahan di sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, Ahad lalu.



www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian, Astro Awani & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: