09 August 2018

FASHA AKUI DIRINYA & AIDIL SUDAH BERTEMU KELUARGA


"Saya dan Aidil dah saling mengenali keluarga masing-masing. Saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga pernah bertemu keluarga saya.





"Anak-anak saya pun selesa disamping Aidil," demikian kata pelakon Fasha Sandha, 34, yang mengakui sudah bertemu dengan keluarga masing-masing.

Biarpun masih tidak menyatakan hasrat untuk bernikah, namun ramai berharap Fasha dan kekasih hati yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz, 31, cepat bersatu.

Mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, Fasha akui anak-anaknya iaitu Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3, sangat rapat dengan Aidil.

Klik untuk gambar besar


"Malah, Aidil antara lelaki paling rapat dengan Rayfal dan Jemaima selain bapa mereka. Kalau ikutkan anak perempuan saya susah nak rapat dengan orang tapi dengan Aidil senang saja.

"Mungkin Aidil ada aura budak-budak," jelasnya yang sebelum ini terbuka mendedahkan hubungan 'cinta' antara mereka yang dilihat kini mulai serius.

Sebelum ini, ada juga peminat bertanyakan Fasha mengenai tarikh pernikahan menerusi sesi soal jawab di Instagram, namun pelakon itu dengan santai menjawab dalam nada gurau tentang status janda hot Malaysia yang dimilikinya.

Ehem, mesra dan 'sweet' juga aksi Fasha dan Aidil ni kan? Kalau dah bahagia bersama dan berjumpa dengan orang yang sesuai serta rapat dengan anak-anak, apa tunggu lagi?










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: