25 August 2018

BILA BABY BUMP 7 BULAN DIANA AMIR DIPERSOAL


Pasangan Diana Amir dan suaminya, Mohd Habibbullah tidak lama lagi akan menimang cahaya mata ketiga mereka iaitu kira-kira dua bulan.





Semasa perayaan Aidiladha baru-baru ini, Diana telah memuatnaik beberapa keping foto bersama keluarganya yang telah menimbulkan persoalan kepada segelintir netizen.

Apa yang dipersoalkan oleh netizen adalah saiz baby bump Diana yang tidak kelihatan seperti hamil tujuh bulan.

"@zuwariahabdullah74: 7 bulan tapi tak nampak mana pun. Macam kita ni pula, tak pregnant pun macam pregnant. Tu sebab bila betul-betul pregnant orang tak perasan pulak. Tup tup ada baby".

Klik untuk gambar besar


"@amni_zu : 7 bulan tak nampak sangat baby bumb. Ke sebab baju? Hihi.. yang ketiga ni baby boy ke?"

Pengacara dan pelakon itu turut membalas komen netizen dengan mengatakan walaupun saiz perutnya kecil tetapi dia tetap mengalami sakit pinggang seperti wanita hamil yang lain.

Rata-rata peminat juga memuji kecantikan Diana ketika hamil, serta mendoakannya dipermudahkan untuk bersalin nanti.

Diana dan suami berkahwin pada 26 Oktober 2013 dan telah dikurniakan dua cahaya mata, Khaulah Al Azwar dan Khadija Azzehra.






www.myartis.com / Sumber: Instagram Diana Amir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: