25 August 2018

1 JAM RM4, EMCEE SEKOLAH - JANNA NICK SEMANGATKAN DIRI


"Dulu balik sekolah sambung kerja kedai barang perhiasan dekat KL Festival Mall (sekarang setapak central). Satu jam RM4 kerja sampingan.





"Sebelum saya jadi pengacara Melodi, saya jadi emcee majlis guru sekolah," demikian kata pelakon Janna Nick yang berkongsi beberapa foto ketika usianya dalam lingkungan belasan tahun menerusi Instastory.

Menerusi salah satu foto tersebut, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 23, turut memberi kata-kata semangat untuk dirinya.

Biarpun pelakon drama bersiri 'Semerah Cinta Humairah' itu sudah melalui pelbagai cabaran namun dia tidak akan pernah berputus asa.

Klik untuk gambar besar


"Banyak sangat la nak throwback. kalau nak saya dah melalui banyak dan saya tidak akan mudah berputus asa.

"Saya mungkin akan keletihan tapi saya akan ambil sedikit masa untuk berehat. Bukan berhenti. Jangan pernah berputus asa! Beri tumpuan pada matlamat anda," tulis Janna.

Tambah pengacara program 'Melodi' ini, peminat hanya mengenali personalitinya sebagai Janna Nick namun dia lebih mengenali dirinya: "Kamu semua kenal Janna Nick tapi saya lebih mengenali baik Nurul Jannah.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: