25 August 2018

TARIAN 'BOBO DIMANA' - ALIFF SYUKRI TERIMA TEGURAN TUKAR


"Lagu Bobo Di Mana memang best, cuma tariannya sahaja yang berbaur lucah, kalau boleh tukarlah tariannya," demikian tulis netizen kepada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri berkenaan tarian lagu terbarunya, Bobo Dimana'.





Aliff Syukri yang memuatnaik foto paparan skrin yang menunjukkan dialog di ruangan 'Ask Me Question' bersama netizen tersebut telah menerima teguran itu.

"Okay, nanti saya tukar cara tarian dan buat video baru, saya akan cari penari yang boleh mengajar saya," respon Aliff di ruangan kapsyen entri tersebut.

Klik untuk gambar besar


Nama Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan selepas ditegur oleh netizen mengenai tarian dalam lagu terbaru gandingannya bersama dua lagi bintang iaitu Nur Sajat dan selebriti Indonesia, Lucinta Luna .

Di ruangan komen, beberapa netizen berpendapat kemunculan Nur Sajat dan Lucinta Luna dalam video itu agak kurang disenangi.

Video lagu yang mencetuskan kontroversi ini sudah mula berada di YouTube sejak enam hari yang lalu.










www.myartis.com / Sumber: Instagram Aliff Syukri Instagram


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: