Menerusi laman Instagram baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu telah memuatnaik gambarnya ketika membawa watak pemuda 'botak tengah' semasa sketsa Sepahtu Reunion Live, lalu dibandingkan dengan rambut anaknya, Dariya Inara ketika ini.

Dalam entri, Jep dengan nada bergurau menjelaskan, dia pernah membawa watak tersebut bukanlah punca sebenar rambut anaknya tidak tumbuh dengan lebat.
"Abah tak rasa ini sebabnya 🤔 #anakabah #sepahtureunionlive. Abah perati je rambut anak abah ni 🤔😂 @dariyainaraofficial @sariyanti #anakabah," tulisnya.
Klik untuk gambar besar

Entri tersebut telah menerima lebih empat ribu komen dan rata-rata peminat serta rakan artis turut terhibur dengan gambar lucu yang dikongsikan Jep itu.
Terdahulu, Jep telah melangsungkan perkahwinannya bersama pelakon, Sari Yanti pada 24 Februari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang popular dengan nama jolokan 'Anak Abah'.





www.myartis.com / Sumber: Instagram Jep Sepahtu
________________________

No comments:
Post a Comment