24 August 2018

"TIDAK PERLU MELATAH" - CHE TA JAWAB FOTO 'NAKAL ANAK'


Baru-baru ini tersebar gambar jejaka yang sedang beraksi 'nakal' yang wajahnya menyerupai anak seorang selebriti terkenal Malaysia.





Jejaka berkenaan dikata mirip anak sulung kepada pelakon dan usahawan Rozita Che Wan (Che Ta), Ammar Effendy.

Bagaimanapun, Che Ta dan keluarga tidak melatah apabila mengetahui tentang 'gambar bogel' anak sulungnya yang tersebar di laman sosial Twitter pada pagi ini.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu sebaliknya dengan tenang menjawab mereka sekeluarga sudah lali dengan pelbagai kontroversi sejak dia bergelar selebriti 13 tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


"Tidak perlu hendak melatah sebab di era teknologi yang serba canggih ini pelbagai benda orang boleh lakukan dan kita tidak buat perkara itu," kata Che Ta ketika dihubungi Kosmo! menerusi aplikasi WhatsApp.

Pengurus Che Ta iaitu Afiq ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu aktres itu sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran foto tersebut.

Apapun, zaman sekarang ni memang ramai kaki edit guna Photoshop atau guna teknologi yang lebih canggih untuk 'membogelkan' mangsa mereka.

Dalam hal ini, takkanlah anak Che Ta nak buat benda 'bodoh' macam tu. Sebab, ianya memang tak dapat diterima akal waras!


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Kosmo & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: