10 August 2018
BILA JOHAN BELI MESIN ARKED BUAT ISTERI 'NAIK HANTU'
"Aku rasa macam nak bagi penerajang dekat yang jual ni. Kat laki (suami) aku, malam ni tau la ko aku lipat-lipat!
"Ko ingat rumah aku muzium ke?," demikian tulis pelakon Ozlynn yang sebenar bersifat gurauan selepas mengetahui suaminya, pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak membeli sebuah mesin permainan video arked.
Tindakan Johan itu telah mengundang kemarahan isterinya itu apabila ingin 'mengajar' suaminya kerana telah membeli permainan video itu.
Menerusi perkongsian video di InstaStory, Ozlynn merakam Johan bersama seorang lelaki yang sedang mengangkat mesin permainan itu untuk diletakkan dalam bilik hiburan di rumah mereka.
Dalam video itu juga, Ozylnn sempat membebel selain mempersoalkan tindakan suaminya membeli mesin itu sambil menunjukkan keadaan sekeliling bilik berkenaan yang turut dilengkapi dengan televisyen dan komputer.
Klik untuk gambar besar
"Dia buat apa wei? Dia beli 'menatang' apa pulak? Astaghfirullah al-Azim. Tak cukup ke dengan apa yang ada?" katanya dalam video itu.
Minat Johan terhadap permainan video bukan satu rahsia malah sebelum ini Ozlynn pernah memuatnaik video tentang hobi suaminya itu di laman Instagram.
Johan juga pernah memberitahu dia lebih senang berada di rumah bermain permainan video daripada meluangkan masa di luar sekiranya mempunyai waktu lapang.
Untuk rekod, permainan mesin arked popular dalam kalangan remaja sekitar tahun 1990-an dan kini ia menjadi barangan koleksi oleh pencinta permainan video.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment