10 August 2018

"SAH KE TAK SAH, MEREKA TAK BERDOSA" - ABBY


Menerusi laman Instagram, bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi telah menasihati ibu bapa yang ingin mengambil anak angkat supaya tidak mempertikaikan status anak tersebut.





Menerusi entri di Instagram (IG), Abby mengakui dia sedia membantu dan memberi pertolongan pada individu yang mempunyai anak tidak sah taraf.

"Alhamdullillah syukur Allah permudahkan segalanya. Mana-mana adik, kakak, ibu yang sedang mengandung dan akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.

"Dimana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye adik dan kakak ye. Ada jalan penyelesaiannya.

Klik untuk gambar besar


"Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup diatas muka bumi Allah ini.

"Untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka kerana 1001 macam masalah dalam dunia ni. Tak tertulis kat sini.

"Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama/kenal Allah atau sebaliknya," tulisnya.



Sebelum ini, Abby dan suaminya, Muhammad Faizal mengambil dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.

Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mempunyai tiga iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Selepas bercerai dengan Abby, Norman berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza dan mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim yang baru sahaja dilahirkan.












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: