10 August 2018

VIDEO - YUNA TAK PAKAI TUDUNG, SUAMI TAK SENGAJA RAKAM?


Baru-baru ini, suami kepada penyanyi Yuna Zarai, Adam Sinclair telah memuatnaik satu video memperlihatkan penyanyi yang menempa nama di Amerika Syarikat itu tidak bertudung dan ia kini tersebar di media sosial.





Semua mengetahui bahawa penyanyi lagu 'Crush' ini antara selebriti berhijab yang menjadi idola ramai.

Video yang dimuatnaik menerusi Insta Stories itu menunjukkan Adam sedang marakam video bapanya yang sedang membuat sebuah lukisan abstrak, namun seperti tidak disengajakan turut memperlihatkan Yuna yang mengenakan topi tanpa memakai tudung.

Cara pemakaian tudung Yuna sudah lama diperkatakan dan sebelum ini penampilan Yuna sering dikritik sehingga Yuna bertindak 'sekolahkan' seorang remaja yang menegur caranya berpakaian dan komen tersebut menjadi bualan ramai.

Klik untuk gambar besar


Yuna memilih untuk menegur remaja tersebut pada foto yang memaparkan gambar remaja tersebut bersama dua rakannya, seorang daripada rakan remaja itu dilihat tidak mengenakan tudung dan seorang lagi berlengan pendek.

Menerusi komennya, Yuna mempersoalkan budi bahasa remaja itu yang menggunakan panggilan 'kamu' merujuk kepada penyanyi tersebut.

Walaupun sering menggayakan gaya tudung sehingga menampakkan dada dan leher, netizen janganlah terus menghentam. Mungkin Yuna sendiri boleh mengambil teguran yang diberikan jika kena pada gayanya.








ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: hangat.com


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: